Monday, July 26, 2010

10 Wasiat Imam Syafie

Assalamualaikum w.b.t.,

Di subuh hari ini, semasa mendengarkan kuliah subuh yang disampaikan oleh imam mengenai dosa kecil yang boleh bertukar jadi dosa besar (jika tak ada penyesalan setelah melakukan dosa kecil tersebut), ana tertarik dengan satu artikel yang tertampal di soft board masjid yang menunjukkan 10 wasiat Imam Syafie. Lalu bila sampai di rumah, kesempatan yang ada ana masukkan 10 wasiat tersebut seperti di bawah:

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Wallahu A'alam

*dipetik dari laman web iLuvislam.com

Thursday, June 17, 2010

Tip Kesihatan 1

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam buat buat pembaca yang dikasihi, melalui blog ini ana akan memaparkan beberapa tip-tip untuk penjagaan kesihatan yang kebanyakan dari kita samada belum tahu, buat-buat tak tahu dan juga tak mahu ambik tahu. Sekiranaya apa yang ana paparkan menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu, terlebih dahulu ana memohon maaf. Terpulang kepada individu samada mahu menerima atau sebaliknya. Lagipun fakta yang ana sampaikan ini tidak dapat disokong oleh rujukan-rujukan yang diiktiraf kerajaan 1Malaysia mahupun Amerika. Saya harap pembaca bulih menerimanya dengan hati terbuka.

Tip 1:

Amalan perubatan kita pada hari ini kebanyakan rakyat Malaysia akan mendapatkan rawatan di klinik-klinik dan hospital-hospital milik swasta dan kerajaan. Tahukah anda apa yang anda bawa balik dari klinik dan hospital ini? Tak lain dan tak bukan adalah DADAH.

Apakah hukum dadah ni dalam Islam?
Dadah dalam hukum Islam diqiaskan daripada arak kerana ianya merosakkan akal fikiran manusia yang waras. Sama fungsinya dengan dadah, cuma bezanya air arak itu sendiri adalah najis manakala dadah dalam bentuk cecair atau serbuk bukanlah najis. Arak begitu keras haramnya walaupun digunakan hanya sedikit untuk tujuan perubatan (betul la sebab ada nas dalam Quran), dan dadah setakat ini belum ada ulama yang mengharamkannya jika mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit atas alasan darurat. Cuba anda bayangkan pengambilan ubat dadah yang sedikit ini diambil dalam jangka masa berpuluh-puluh tahun semenjak kita dalam buaian lagi sampai kita tua nak masuk kuburpon tak berenti lagi, masuk kubur baru berenti. Jadi, sudah tentu pengambilannya menjadi sangat-sangat banyak. Kalo dah ambik banyak camtu tak tau la masih belum haram lagi ke tak, tak der saper berani keluar fatwa. Agak2 ada persamaan dak dengan penagih dadah yang nak lepas gian, pi cari ubat farmasi, klinik atau lebih mudah ubat batuk. Persoalan ini saya tinggalkan untuk anda sendiri yang menjawabnya.

Bagaimana pula cara ubat dadah ini merawat penyakit?
Sebenarnya ubat dadah drug ni tidak merawat mahupon menyembuhkan penyakit, yang menyembuhkan penyakit yang kita tanggung kesakitannya itu adalah kekuatan antibody kita sendiri.

Jadi apa gunanya ubat dadah drug ni?
Gunanya untuk menipu dan memperdayakan sistem antibody dalam tubuh kita, sesuai dengan fungsi dadah itu sendiri yang ditagihi oleh sedemikian ramai penagih dadah untuk menghayalkan, hilang ingatan, laloq, jadi bodoh sekejap, hilang akal dan yang sewaktu dengannya. Begitulah juga kita memperdaya sistem pertahanan dalam diri kita. Oleh kerana sistem pertahanan dalam diri kita teramat-amat sensitif, dengan dos daha yang sedikit susah cukup untuk membuatkan sistem pertahanan tubuh kita menjadi keliru.

Keliru macam-mana tu?
Keliru apabila tempat yang sepatutnya kita rasa sakit, bila makan ubat penahan sakit, kita tak rasa sakit lagi. Padahal dengan keadaan yang kita alami sepatutnya kita rasa sakit. Sakit ini amat-amat penting kepada sistem pertahanan tubuh kita kerana ia adalah isyarat dan tanda sistem pertahanan tubuh kita bekerja untuk memanggil tentera dia (sel darah putih) untuk merawat luka yang kita alami, terpulang pada kita tahan dengan tak tahan jer. Yang menulis ni pon kadang2 tak tahan jugak, tu baru ler dikatakan darurat. Bila kita ambik ubat penahan sakit ini, kita tak rasa sakit lagi sebab sistem pertahanan tubuh kita yang dah mamai/laloq kene ubat dadah drug ni tak dapat lagi bagi isyarat pada tentera sel darah putih untuk merawat tempat sakit tu sebab tempat tu dah tak sakit lagi.

Bila luka atau kesakitan ini akan sembuh?
Ianya akan beransur sembuh apabila ubat penahan sakit dah hilang dan sakit datang semula. Ini menyebabkan proses penyembuhan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa.

Apa yang ana lontarkan dalam persoalan ini adalah untuk kita berfikir dan buka minda kita, kerana ini lah juga sebabnya mengapa orang yang mengidap penyakit kencing manis, luka mereka (biasanya di kaki) tidak sembuh sehinggalah kaki mereka dipotong. Ini kerana seorang pengidap kencing manis tidak akan merasa sakit apabila kakinya terpijak benda tajam yang menyebabkan luka. Bila dah tak rasa sakit, proses penyembuhan juga tidak akan berlaku pada luka di kaki pesakit tersebut.

Jadi, apa yang sepatutnya kita lakukan? Banyak lagi yang ana nak ceritakan semoga bertemu lagi di masa akan datang, insyallah...

Sekian, wassalam.

Wallahu a'lam...

Wednesday, June 16, 2010

Pengertian Sakit

Assalamualaikum w.b.t.,

Syukur alhamdulillah dapat kita bertemu lagi melalui blog ini. Melalui blog ini ana ingin menceritakan secara ringkas mengenai erti 'sakit' dalam kaedah perubatan yang ana belajar.

1. Apakah yang dimaksudkan sakit itu?
- Sakit itu adalah 'rasa sakit' yang kita alami.

2. Apakah yang menyebabkan berlakunya 'rasa sakit' ini?
- Sebab-sebab yang biasa kita alami seperti luka, terseliuh, lecur dan sebagainya.

3. Adakah rasa sakit itu memberi mudarat atau memberi manfaat?
- Rasa sakit sudah tentu memberi mudarat kepada kita, tapi disebalik mudarat itu ada manfaatnya. Rasa sakit adalah isyarat dari tempat luka untuk memanggil sel darah putih dalam badan ke tempat luka. Tugasnya bagi mengawal tempat luka dari dimasuki kuman dan bakteria serta merawat tempat luka sampai sembuh.

4. Apakah kesan bila menghilangkan rasa sakit dengan mengambil ubat penahan sakit (anti pain) berasaskan dadah?
- Pengambilan ubat penahan sakit (anti pain) berasaskan dadah akan menyebabkan sistem darah putih yang bekerja merawat tempat luka menjadi keliru. Ini disebabkan oleh kesan dadah pada diri pesakit yang menyebabkannya khayal dan hilang tumpuan pada tempat sakit. Sistem pertahanan badan terutama sel darah putih pada mulanya menerima isyarat sakit, maka iapun mula bertindak, tetapi dalam perjalanan menuju ke tempat isyarat sakit tersebut, isyarat tersebut telah menjadi tidak keruan, akibat pengambilan ubat penahan sakit berasaskan dadah tadi. Ini menyebabkan sel darah putih tidak bertindak untuk merawat sakit dan tidak mengawal kemasukan bakteria di tempat sakit tersebut. Akibatnya luka yang dialami oleh pesakit tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh atau sehingga kesan ubat penahan sakit berasaskan dadah tadi hilang.

5. Apakah terdapat kaedah atau ubat yang boleh menghilangkan rasa sakit tanpa berasaskan ubat dadah?
- Ya, memang terdapat kaedah yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit seperti kaedah konvensional yang berasal dari China iaitu Acupuncture. Namun ana tidak pasti samada ianya memberi kesan kepada sistem penyembuhan sel darah putih kerana isyarat sakit tersebut dimatikan dengan cara menyekat mata urat di bahagian tertentu. Mereka yang pakar dalam bidang Akupuncture ini mempunyai kebolehan sehingga boleh menjalankan pembedahan tanpa menggunakan bius.
- Kaedah lain untuk menahan sakit ialah menggunakan ubat homeopathy. Homeopathy sangat maju dalam bidang ini sehingga ia boleh menghilangkan rasa sakit tanpa menjejaskan isyarat sakit untuk sistem pertahanan badan bertindak merawat tempat yang sakit tersebut. Tapi satu jer yang orang tak tahan dengan homeopathy ini, dia ada aggravation. Untuk melawan rasa sakit itu, kesakitan akan menjadi bertambah sakit dulu sebelum rasa sakit tersebut dihilangkan.

Sekian, wassalam.

Penulis adalah pengamal perubatan alternatif khususnya Homeopathy.Pusat rawatan beralamat di:

No. 102, Jalan Pinggiran 5,
Taman Pinggiran Ukay,
68000 Ampang.
Hubungi: Dr. Khamidun (019-6101736)

Monday, June 14, 2010

Umrah dan Ziarah

Assalamualaikum w.b.t.,

Semalam ana dengar Kuliah mangrib oleh Ustaz Shahrullah bin Saidon (Pengetua Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran) yang datang dari Ampang, katanya ada orang buat pakej umrah yang agak menarik sebab dia jumpa pemplet kat area sekolah dia. Hari ini ana cari-cari dalam internet jumpalah pemplet yang di maksudkan. Ana tak nak komen aper2... terpulang kepada pembaca nak nilai... tapi nilailah dengan ilmu dari Allah dan RasulNya....

Sekian, wassalam...


Sunday, June 13, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 20

Assalamualaikum w.b.t.,

Saudara saudari pembaca yang dihormati sekelian, dengan siri ini maka berakhirlah kisah Mencari Kebenaran yang dipaparkan bermula dari bulan Januari yang lalu. Dengan izin Allah ana berjaya juga menamatkan kisah ini yang ana fikir banyak memberi manfaat bagi golongan yang mahu berfikir. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Ulama Malaysia yang telah menerbitkan siri komik ini pada tahun 2006 dengan kerjasama kartunis Rossem. Semoga usaha mereka dikira sebagai dakwah yang diberkati Allah s.w.t.

*sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas






Tamat...

Saturday, June 12, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 19

Assalamualaikum w.b.t.,

Sambungan siri Mencari Kebenaran ini telah masuk hari yang ke-9, iaitu hari yang terakhir dalam kisah ini. Pada hari ke-9 inilah bermulanya detik yang bersejarah bagi Antonius apabila beliau mengakui kebenaran Islam dan menolak kepalsuan agama Kristian yang dianutinya sebelum ini. Saksikan...

*sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas






bersambung...

Friday, June 11, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 18

Assalamualaikum w.b.t.,

ikuti sambungan siri Mencari Kebenaran siri ke 18, iaitu bahagian akhir untuk hari ke 8.

*sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...





bersambung...

Thursday, June 10, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 17

Assalamualaikum w.b.t.,

Sidang pembaca yang dihormati, maafkan ana kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk memasukkan entry baru ini selepas entry yang terakhir dimasukkan pada bulan April 2010 yang lalu. Insyallah ana akan gagahkan diri untuk terus berkarya termasuk topik-topik yang lain. Tapi terlebih dahulu izinkan ana untuk menghabiskan kisah Mencari Kebenaran ini yang cuma tinggal beberapa siri sahaja lagi. Kepada pengunjung... selamat membaca demi menambah ilmu untuk manfaat kita bersama dunia dan akhirat.....

*sila klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih jelas...


Bersambung.....

Saturday, April 3, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 16

Assalamaualaikum w.b.t.,

Ikuti sambungan kisah mencari kebenaran yang sudah beberapa minggu terhenti kerana kesibukan peribadi dan kelemahan diri mengurus masa...

*sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...








bersambung...

Friday, March 12, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 15

Assalamualaikum w.b.t.,

Ikuti sambungan kisah Mencari Kebenaran iaitu sambungan kepada perbincangan pada hari ke-7 antara Ustaz Bahaudin dan Antonius.

*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.









bersambung...

Tuesday, March 2, 2010

Jadual Kuliah Mac 2010 Masjid Kota Damansara

Assalamualaikum w.b.t.,

Di sini dilampirkan jadual dan program Masjid Kota Damansara untuk rujukan kita bersama.

*Sila klik pad gambar jadual di bawah untuk paparan lebih jelas.



Highlight:
1. Tuisyen subjek Biologi percuma di Masjid Kota Damansara
2. Kem Solat Musim Cuti Sekolah Masjid Kota Damansara


Al-Midyan

Thursday, February 25, 2010

25 Sifat Munafik

Assalamualaikum w.b.t.,

Pengenalan Musuh Hidayah

Musuh hidayah ialah orang-orang atau makhluk Allah yang matlamat hidupnya ialah untuk menyesatkan orang-orang yang beriman dari jalan Allah. Berbagai strategi yang mereka lakukan untuk mempengaruhi manusia dari memperhambakan diri kepada Allah. Dalam kehidupan manusia yang beriman ini, terdapat 5 musuh hidayah yang perlu dia berhati-hati kerana tersilap langkah orang-orang yang iman ini akan terpesong aqidahnya, terbatal iman, lupus amalannya dan matinya dalam keadaan Allah murka kepadanya serta tempatnya adalah neraka Allah, na'uzubillah..

5 musuh hidayah ini ialah:
1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang-orang kafir
4. Orang-orang munafik
5. Orang-orang islam yang fasik, zalim dan sentiasa dalam maksiat

Pada hari ini, suka saya membangkitkan persoalan munafik ini kerana 3 musuh hidayah yang awal iaitu nafsu, syaitan dan orang-orang kafir, kebanyakan daripada kita telah lama mengenali mereka. Insyallah di masa akan datang jika ada kesempatan, akan saya huraikan lebih lanjut. Bagi saya masalah orang-orang munafik ini lebih penting untuk kita kenali kerana sebelum ini kita hanya mengetahui 3 ciri-ciri munafik dalam satu sahaja hadis nabi yang mengatakan:
1. Bila bercakap dia berbohong
2. Bila berjanji dia berdusta
3. Bila diberi amanah dia khianat

Perlu juga diingatkan bahawa tujuan saya menyatakan ciri-ciri munafik ini adalah untuk kita memuhasabah diri kita sendiri, lihat dalam diri kita sedalam-dalamnya adakah kita memiliki satau atau beberapa ciri munafik ini. Bukannya dengan melihat kepada orang lain lalu menuduh orang ini munafik, orang itu munafik, ingatlah sekiranya tuduhan kita tersasar, tuduhan tersebut akan kembali kepada diri kita sendiri.

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri munafik yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis rasulNya, bukan setakat 22 ciri sahaja. 22 ciri ini adalah merupakan ciri penting yang terdapat nasnya di dalam Al-Quran, kalo nak ikut nas Hadis tidak terkira banyaknya sifat-sifat munafik ini. Antara sifat-sifat munafik ini ialah:

1. Bercakap tentang melaksanakan Islam tetapi bohong untuk kepentingan dunia, (Baqarah: 8-30).

2. Berwajah Islam dengan orang Islam dan berwajah kafir dengan orang kafir, (Baqarah: 8-30).

3. Mereka benci bila Islam menang dan gembira bila Islam kalah. Ali 'Imran: 120, Mereka berasa sedih hati dan bermasam muka bila umat Islam mendapat kemenangan dan kebaikan dan berasa gembira bila umat Islam menerima musibah.

4. Mereka benci kerja-kerja jihad dan mati syahid, kerana ini sifat orang beriman, jihad kerjayanya dan mati syahid adalah cita-cita teertingginya. An-Nisaa': 60-61, kenapa kamu tidak melihat kepada orang-orang yang mengaku beriman pada kitab Allah tetapi mereka masih ingin berhukum dengan hukum Taghut, mereka itulah berada dalam kesesatan yang jauh. Bila diseru mengambil apa yang diturunkan oleh Allah mereka berpaling dan menyekat pelaksanaannya.

5. Halang melaksanakan hukum Allah. An-Nisaa': 83, Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).

6. Suka menyebarkan berita buruk tentang umat Islam kepada orang kafir juga memfitnah orang-orang yang beriman. Sifat orang Islam sepatutnya kene menutup keaiban orang Islam yang lain. An-Nisaa': 138-139, Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.

7. Berwalikan pada orang kafir, orang-orang beriman berwalikan kepada ulama, yang mana ulama Ulama berwalikan Nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. berwalikan Allah. An-Nisaa': 140, Dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.

8. Suka mempermain dan memperolok-olokkan apa yang diturunkan oleh Allah dan RasulNya. Orang-orang yang beriman sepatutnya mempertahankan apa yang diturunkan oleh Allah. Al-Mu'min: 83, Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan membawa ketarangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-olokkan itu.

9. Mengharapkan umat Islam ditimpa musibah dan bencana. An-Nisaa': 141, (yaitu) orang-orang yang menunggu-nunggu (peristiwa) yang akan terjadi pada dirimu (hai orang-orang mukmin). Maka jika terjadi bagimu kemenangan dari Allah mereka berkata: "Bukankah kami (turut berperang) beserta kamu ?" Dan jika orang-orang kafir mendapat keberuntungan (kemenangan) mereka berkata: "Bukankah kami turut memenangkanmu, dan membela kamu dari orang-orang mukmin?" Maka Allah akan memberi keputusan di antara kamu di hari kiamat dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.

10. Mereka menipu Allah, padahal mereka menipu diri mereka sendiri. An-Nisaa': 142, Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.

11. Melantik orang kafir Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin dan membantu mereka menentang Allah. Al-Maidah: 51, Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

12. Dalam peperangan mereka meminta izin untuk balik dengan berbagai-bagai alasan, mereka berpaling dari berjihad pada jalan Allah dan ragu-ragu tentang fardhu jihad itu sendiri. At-Taubah: 45, Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya.

13. Suka menyakiti Nabi s.a.w., tidak suka dengan sirah perjalanan hidup dan dahwah Nabi s.a.w. At-Taubah: 61, Di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang menyakiti Nabi dan mengatakan: "Nabi mempercayai semua apa yang didengarnya." Katakanlah: "Ia mempercayai semua yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah, mempercayai orang-orang mukmin, dan menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu." Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab yang pedih.

14. Mempermain, mempersenda dan mengecam orang-orang yang beramal dengan ajaran Islam. At-Taubah: 64, Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan rasul-Nya)." Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.

15. Saling bantu membantu menyuruh kepada mungkar dan mencegah ma'ruf. Taubah: 67, Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan. sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang munkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya. Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.

16. Keluar dari mulut mereka kalimah-kalimah kufur berbentuk diak percaya kepada Allah dan RasulNya, Quran dan Hadis nabi. At-Taubah: 74, Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah dengan (nama) Allah, bahwa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang menyakitimu). Sesungguhnya mereka telah mengucapkan perkataan kekafiran, dan telah menjadi kafir sesudah Islam dan mengingini apa yang mereka tidak dapat mencapainya, dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan akhirat; dan mereka sekali-kali tidaklah mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.

17. Sempit dada terhadap ajaran Islam, tak boleh terima apa yang Allah turunkan. At-Taubah: 124, Dan apabila diturunkan suatu surat, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: "Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turannya) surat ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surat ini menambah imannya, dan mereka merasa gembira.

18. Berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perkara keji dan mungkar, sebarkan maksiat serta beri sokongan kepada program maksiat. An-Nuur: 11-12, Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata".

19. Bila diajak kepada hukum Allah dan rasulNya, mereka tidak mahu berhukum dengan hukum Allah kecuali pada hukum yang menguntungkan mereka sahaja. An-Nuur: 48-51, Dan apabila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya, agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, tiba-tiba sebagian dari mereka menolak untuk datang. Tetapi jika keputusan itu untuk (kemaslahatan) mereka, mereka datang kepada rasul dengan patuh. Apakah (ketidak datangnya mereka itu karena) dalam hati mereka ada penyakit, atau (karana) mereka ragu-ragu ataukah (karana) takut kalau-kalau Allah dan rasulNya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orang-orang yang zalim. Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasulNya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

20. Tidak yakin pada janji Allah bahawa Islam akan diberi kemenangan. Al-Ahzab: 20, Mereka mengira (bahwa) golongan-golongan yang bersekutu itu belum pergi; dan jika golongan-golongan yang bersekutu itu datang kembali, niscaya mereka ingin berada di dusun-dusun bersama-sama orang Arab Badwi, sambil menanya-nanyakan tentang berita-beritamu. Dan sekiranya mereka berada bersama kamu, mereka tidak akan berperang, melainkan sebentar saja.

21. Mentaati orang-orang yang bermusuh dengan Islam. Muhammad: 26, Yang demikian itu karana sesungguhnya mereka (orang-orang munafik) itu berkata kepada orang-orang yang benci kepada apa yang diturunkan Allah (orang-orang Yahudi): "Kami akan mematuhi kamu dalam beberapa urusan", sedang Allah mengetahui rahsia mereka.

22. Yakin orang Islam tidak akan ditolong oleh Allah. Al-Fath: 6, dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahannam. Dan (neraka Jahannam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.

23. Mengintai-ngintai musibah dan bala bencana terhadap umat Islam. Al-Hadid: 14, Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu- ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah;dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.

24. Benci beristighfar dan bertaubat kepada Allah, mereka juga tidak suka kepada qiaumullail dan bermunajat kepada Allah. Munafiquun: 5, Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah (beriman), agar Rasulullah memintakan ampunan bagimu, mereka membuang muka mereka dan kamu lihat mereka berpaling sedang mereka menyombongkan diri.

25. Menghalang orang lain mengeluarkan harta pada jalan Allah. Munafiquun: 7, Mereka orang-orang yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): "Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (Muhajirin) yang ada disisi Rasulullah supaya mereka bubar (meninggalkan Rasulullah)." Padahal kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami.

Sekianlah 25 sifat orang-orang munafik yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-QuranNya. Setelah kita mengetahui sifat-sifat orang munafik ini barulah kita boleh berjihad kepada mereka. Oleh itu cara-cara berjihad kepada mereka akan diterangkan dalan siri yang akan datang jika diizinkan Allah.

Sekian, wassalam,

Al-Midyaan...

Wednesday, February 24, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 14

Assalamualaikum w.b.t.,

Ikuti sambungan kisah Mencari Kebenaran yang kini masuk hari ke-7 perbincangan antara Ustaz Bahaudin dan Antonius.

*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas









bersambung...

Tuesday, February 23, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 13

Assalamualaikum w.b.t.,

Ikuti sambungan kisah Mencari Kebenaran Siri Ke-13 iaitu bahagia akhir untuk malam ke-6.

*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...







bersambung...

Friday, February 19, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 12

Assalamualaikum w.b.t.,

Sudah beberapa minggu siri ini terhenti disebabkan kesibukan hal ehwal dunia saya yang lain. Syukur alhamdulillah, pada hari ini dengan izinNya saya dapat menyambung kembal kisah Mencari Kebenaran untuk siri ke 12. Siri ini memaparkan kisah perbincangan antara Ustaz Bahaudin dengan Antonius yang telah masuk hari keenam. Insyallah siri ini akan berakhir pada malam kesembilan.

*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...







bersambung...

DENGARKANLAH AL-QURAN