Salam buat buat pembaca yang dikasihi, melalui blog ini ana akan memaparkan beberapa tip-tip untuk penjagaan kesihatan yang kebanyakan dari kita samada belum tahu, buat-buat tak tahu dan juga tak mahu ambik tahu. Sekiranaya apa yang ana paparkan menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu, terlebih dahulu ana memohon maaf. Terpulang kepada individu samada mahu menerima atau sebaliknya. Lagipun fakta yang ana sampaikan ini tidak dapat disokong oleh rujukan-rujukan yang diiktiraf kerajaan 1Malaysia mahupun Amerika. Saya harap pembaca bulih menerimanya dengan hati terbuka.
Tip 1:
Amalan perubatan kita pada hari ini kebanyakan rakyat Malaysia akan mendapatkan rawatan di klinik-klinik dan hospital-hospital milik swasta dan kerajaan. Tahukah anda apa yang anda bawa balik dari klinik dan hospital ini? Tak lain dan tak bukan adalah DADAH.
Apakah hukum dadah ni dalam Islam?
Dadah dalam hukum Islam diqiaskan daripada arak kerana ianya merosakkan akal fikiran manusia yang waras. Sama fungsinya dengan dadah, cuma bezanya air arak itu sendiri adalah najis manakala dadah dalam bentuk cecair atau serbuk bukanlah najis. Arak begitu keras haramnya walaupun digunakan hanya sedikit untuk tujuan perubatan (betul la sebab ada nas dalam Quran), dan dadah setakat ini belum ada ulama yang mengharamkannya jika mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit atas alasan darurat. Cuba anda bayangkan pengambilan ubat dadah yang sedikit ini diambil dalam jangka masa berpuluh-puluh tahun semenjak kita dalam buaian lagi sampai kita tua nak masuk kuburpon tak berenti lagi, masuk kubur baru berenti. Jadi, sudah tentu pengambilannya menjadi sangat-sangat banyak. Kalo dah ambik banyak camtu tak tau la masih belum haram lagi ke tak, tak der saper berani keluar fatwa. Agak2 ada persamaan dak dengan penagih dadah yang nak lepas gian, pi cari ubat farmasi, klinik atau lebih mudah ubat batuk. Persoalan ini saya tinggalkan untuk anda sendiri yang menjawabnya.
Bagaimana pula cara ubat dadah ini merawat penyakit?
Sebenarnya ubat dadah drug ni tidak merawat mahupon menyembuhkan penyakit, yang menyembuhkan penyakit yang kita tanggung kesakitannya itu adalah kekuatan antibody kita sendiri.
Jadi apa gunanya ubat dadah drug ni?
Gunanya untuk menipu dan memperdayakan sistem antibody dalam tubuh kita, sesuai dengan fungsi dadah itu sendiri yang ditagihi oleh sedemikian ramai penagih dadah untuk menghayalkan, hilang ingatan, laloq, jadi bodoh sekejap, hilang akal dan yang sewaktu dengannya. Begitulah juga kita memperdaya sistem pertahanan dalam diri kita. Oleh kerana sistem pertahanan dalam diri kita teramat-amat sensitif, dengan dos daha yang sedikit susah cukup untuk membuatkan sistem pertahanan tubuh kita menjadi keliru.
Keliru macam-mana tu?
Keliru apabila tempat yang sepatutnya kita rasa sakit, bila makan ubat penahan sakit, kita tak rasa sakit lagi. Padahal dengan keadaan yang kita alami sepatutnya kita rasa sakit. Sakit ini amat-amat penting kepada sistem pertahanan tubuh kita kerana ia adalah isyarat dan tanda sistem pertahanan tubuh kita bekerja untuk memanggil tentera dia (sel darah putih) untuk merawat luka yang kita alami, terpulang pada kita tahan dengan tak tahan jer. Yang menulis ni pon kadang2 tak tahan jugak, tu baru ler dikatakan darurat. Bila kita ambik ubat penahan sakit ini, kita tak rasa sakit lagi sebab sistem pertahanan tubuh kita yang dah mamai/laloq kene ubat dadah drug ni tak dapat lagi bagi isyarat pada tentera sel darah putih untuk merawat tempat sakit tu sebab tempat tu dah tak sakit lagi.
Bila luka atau kesakitan ini akan sembuh?
Ianya akan beransur sembuh apabila ubat penahan sakit dah hilang dan sakit datang semula. Ini menyebabkan proses penyembuhan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa.
Apa yang ana lontarkan dalam persoalan ini adalah untuk kita berfikir dan buka minda kita, kerana ini lah juga sebabnya mengapa orang yang mengidap penyakit kencing manis, luka mereka (biasanya di kaki) tidak sembuh sehinggalah kaki mereka dipotong. Ini kerana seorang pengidap kencing manis tidak akan merasa sakit apabila kakinya terpijak benda tajam yang menyebabkan luka. Bila dah tak rasa sakit, proses penyembuhan juga tidak akan berlaku pada luka di kaki pesakit tersebut.
Jadi, apa yang sepatutnya kita lakukan? Banyak lagi yang ana nak ceritakan semoga bertemu lagi di masa akan datang, insyallah...
Sekian, wassalam.
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment