Syukur alhamdulillah dapat kita bertemu lagi melalui blog ini. Melalui blog ini ana ingin menceritakan secara ringkas mengenai erti 'sakit' dalam kaedah perubatan yang ana belajar.
1. Apakah yang dimaksudkan sakit itu?
- Sakit itu adalah 'rasa sakit' yang kita alami.
2. Apakah yang menyebabkan berlakunya 'rasa sakit' ini?
- Sebab-sebab yang biasa kita alami seperti luka, terseliuh, lecur dan sebagainya.
3. Adakah rasa sakit itu memberi mudarat atau memberi manfaat?
- Rasa sakit sudah tentu memberi mudarat kepada kita, tapi disebalik mudarat itu ada manfaatnya. Rasa sakit adalah isyarat dari tempat luka untuk memanggil sel darah putih dalam badan ke tempat luka. Tugasnya bagi mengawal tempat luka dari dimasuki kuman dan bakteria serta merawat tempat luka sampai sembuh.
4. Apakah kesan bila menghilangkan rasa sakit dengan mengambil ubat penahan sakit (anti pain) berasaskan dadah?
- Pengambilan ubat penahan sakit (anti pain) berasaskan dadah akan menyebabkan sistem darah putih yang bekerja merawat tempat luka menjadi keliru. Ini disebabkan oleh kesan dadah pada diri pesakit yang menyebabkannya khayal dan hilang tumpuan pada tempat sakit. Sistem pertahanan badan terutama sel darah putih pada mulanya menerima isyarat sakit, maka iapun mula bertindak, tetapi dalam perjalanan menuju ke tempat isyarat sakit tersebut, isyarat tersebut telah menjadi tidak keruan, akibat pengambilan ubat penahan sakit berasaskan dadah tadi. Ini menyebabkan sel darah putih tidak bertindak untuk merawat sakit dan tidak mengawal kemasukan bakteria di tempat sakit tersebut. Akibatnya luka yang dialami oleh pesakit tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh atau sehingga kesan ubat penahan sakit berasaskan dadah tadi hilang.
5. Apakah terdapat kaedah atau ubat yang boleh menghilangkan rasa sakit tanpa berasaskan ubat dadah?
- Ya, memang terdapat kaedah yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit seperti kaedah konvensional yang berasal dari China iaitu Acupuncture. Namun ana tidak pasti samada ianya memberi kesan kepada sistem penyembuhan sel darah putih kerana isyarat sakit tersebut dimatikan dengan cara menyekat mata urat di bahagian tertentu. Mereka yang pakar dalam bidang Akupuncture ini mempunyai kebolehan sehingga boleh menjalankan pembedahan tanpa menggunakan bius.
- Kaedah lain untuk menahan sakit ialah menggunakan ubat homeopathy. Homeopathy sangat maju dalam bidang ini sehingga ia boleh menghilangkan rasa sakit tanpa menjejaskan isyarat sakit untuk sistem pertahanan badan bertindak merawat tempat yang sakit tersebut. Tapi satu jer yang orang tak tahan dengan homeopathy ini, dia ada aggravation. Untuk melawan rasa sakit itu, kesakitan akan menjadi bertambah sakit dulu sebelum rasa sakit tersebut dihilangkan.
Sekian, wassalam.
Penulis adalah pengamal perubatan alternatif khususnya Homeopathy.Pusat rawatan beralamat di:
No. 102, Jalan Pinggiran 5,
Taman Pinggiran Ukay,
68000 Ampang.
Hubungi: Dr. Khamidun (019-6101736)
No comments:
Post a Comment