Thursday, June 17, 2010

Tip Kesihatan 1

Assalamualaikum w.b.t.,

Salam buat buat pembaca yang dikasihi, melalui blog ini ana akan memaparkan beberapa tip-tip untuk penjagaan kesihatan yang kebanyakan dari kita samada belum tahu, buat-buat tak tahu dan juga tak mahu ambik tahu. Sekiranaya apa yang ana paparkan menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu, terlebih dahulu ana memohon maaf. Terpulang kepada individu samada mahu menerima atau sebaliknya. Lagipun fakta yang ana sampaikan ini tidak dapat disokong oleh rujukan-rujukan yang diiktiraf kerajaan 1Malaysia mahupun Amerika. Saya harap pembaca bulih menerimanya dengan hati terbuka.

Tip 1:

Amalan perubatan kita pada hari ini kebanyakan rakyat Malaysia akan mendapatkan rawatan di klinik-klinik dan hospital-hospital milik swasta dan kerajaan. Tahukah anda apa yang anda bawa balik dari klinik dan hospital ini? Tak lain dan tak bukan adalah DADAH.

Apakah hukum dadah ni dalam Islam?
Dadah dalam hukum Islam diqiaskan daripada arak kerana ianya merosakkan akal fikiran manusia yang waras. Sama fungsinya dengan dadah, cuma bezanya air arak itu sendiri adalah najis manakala dadah dalam bentuk cecair atau serbuk bukanlah najis. Arak begitu keras haramnya walaupun digunakan hanya sedikit untuk tujuan perubatan (betul la sebab ada nas dalam Quran), dan dadah setakat ini belum ada ulama yang mengharamkannya jika mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit atas alasan darurat. Cuba anda bayangkan pengambilan ubat dadah yang sedikit ini diambil dalam jangka masa berpuluh-puluh tahun semenjak kita dalam buaian lagi sampai kita tua nak masuk kuburpon tak berenti lagi, masuk kubur baru berenti. Jadi, sudah tentu pengambilannya menjadi sangat-sangat banyak. Kalo dah ambik banyak camtu tak tau la masih belum haram lagi ke tak, tak der saper berani keluar fatwa. Agak2 ada persamaan dak dengan penagih dadah yang nak lepas gian, pi cari ubat farmasi, klinik atau lebih mudah ubat batuk. Persoalan ini saya tinggalkan untuk anda sendiri yang menjawabnya.

Bagaimana pula cara ubat dadah ini merawat penyakit?
Sebenarnya ubat dadah drug ni tidak merawat mahupon menyembuhkan penyakit, yang menyembuhkan penyakit yang kita tanggung kesakitannya itu adalah kekuatan antibody kita sendiri.

Jadi apa gunanya ubat dadah drug ni?
Gunanya untuk menipu dan memperdayakan sistem antibody dalam tubuh kita, sesuai dengan fungsi dadah itu sendiri yang ditagihi oleh sedemikian ramai penagih dadah untuk menghayalkan, hilang ingatan, laloq, jadi bodoh sekejap, hilang akal dan yang sewaktu dengannya. Begitulah juga kita memperdaya sistem pertahanan dalam diri kita. Oleh kerana sistem pertahanan dalam diri kita teramat-amat sensitif, dengan dos daha yang sedikit susah cukup untuk membuatkan sistem pertahanan tubuh kita menjadi keliru.

Keliru macam-mana tu?
Keliru apabila tempat yang sepatutnya kita rasa sakit, bila makan ubat penahan sakit, kita tak rasa sakit lagi. Padahal dengan keadaan yang kita alami sepatutnya kita rasa sakit. Sakit ini amat-amat penting kepada sistem pertahanan tubuh kita kerana ia adalah isyarat dan tanda sistem pertahanan tubuh kita bekerja untuk memanggil tentera dia (sel darah putih) untuk merawat luka yang kita alami, terpulang pada kita tahan dengan tak tahan jer. Yang menulis ni pon kadang2 tak tahan jugak, tu baru ler dikatakan darurat. Bila kita ambik ubat penahan sakit ini, kita tak rasa sakit lagi sebab sistem pertahanan tubuh kita yang dah mamai/laloq kene ubat dadah drug ni tak dapat lagi bagi isyarat pada tentera sel darah putih untuk merawat tempat sakit tu sebab tempat tu dah tak sakit lagi.

Bila luka atau kesakitan ini akan sembuh?
Ianya akan beransur sembuh apabila ubat penahan sakit dah hilang dan sakit datang semula. Ini menyebabkan proses penyembuhan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa.

Apa yang ana lontarkan dalam persoalan ini adalah untuk kita berfikir dan buka minda kita, kerana ini lah juga sebabnya mengapa orang yang mengidap penyakit kencing manis, luka mereka (biasanya di kaki) tidak sembuh sehinggalah kaki mereka dipotong. Ini kerana seorang pengidap kencing manis tidak akan merasa sakit apabila kakinya terpijak benda tajam yang menyebabkan luka. Bila dah tak rasa sakit, proses penyembuhan juga tidak akan berlaku pada luka di kaki pesakit tersebut.

Jadi, apa yang sepatutnya kita lakukan? Banyak lagi yang ana nak ceritakan semoga bertemu lagi di masa akan datang, insyallah...

Sekian, wassalam.

Wallahu a'lam...

Wednesday, June 16, 2010

Pengertian Sakit

Assalamualaikum w.b.t.,

Syukur alhamdulillah dapat kita bertemu lagi melalui blog ini. Melalui blog ini ana ingin menceritakan secara ringkas mengenai erti 'sakit' dalam kaedah perubatan yang ana belajar.

1. Apakah yang dimaksudkan sakit itu?
- Sakit itu adalah 'rasa sakit' yang kita alami.

2. Apakah yang menyebabkan berlakunya 'rasa sakit' ini?
- Sebab-sebab yang biasa kita alami seperti luka, terseliuh, lecur dan sebagainya.

3. Adakah rasa sakit itu memberi mudarat atau memberi manfaat?
- Rasa sakit sudah tentu memberi mudarat kepada kita, tapi disebalik mudarat itu ada manfaatnya. Rasa sakit adalah isyarat dari tempat luka untuk memanggil sel darah putih dalam badan ke tempat luka. Tugasnya bagi mengawal tempat luka dari dimasuki kuman dan bakteria serta merawat tempat luka sampai sembuh.

4. Apakah kesan bila menghilangkan rasa sakit dengan mengambil ubat penahan sakit (anti pain) berasaskan dadah?
- Pengambilan ubat penahan sakit (anti pain) berasaskan dadah akan menyebabkan sistem darah putih yang bekerja merawat tempat luka menjadi keliru. Ini disebabkan oleh kesan dadah pada diri pesakit yang menyebabkannya khayal dan hilang tumpuan pada tempat sakit. Sistem pertahanan badan terutama sel darah putih pada mulanya menerima isyarat sakit, maka iapun mula bertindak, tetapi dalam perjalanan menuju ke tempat isyarat sakit tersebut, isyarat tersebut telah menjadi tidak keruan, akibat pengambilan ubat penahan sakit berasaskan dadah tadi. Ini menyebabkan sel darah putih tidak bertindak untuk merawat sakit dan tidak mengawal kemasukan bakteria di tempat sakit tersebut. Akibatnya luka yang dialami oleh pesakit tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh atau sehingga kesan ubat penahan sakit berasaskan dadah tadi hilang.

5. Apakah terdapat kaedah atau ubat yang boleh menghilangkan rasa sakit tanpa berasaskan ubat dadah?
- Ya, memang terdapat kaedah yang digunakan untuk menghilangkan rasa sakit seperti kaedah konvensional yang berasal dari China iaitu Acupuncture. Namun ana tidak pasti samada ianya memberi kesan kepada sistem penyembuhan sel darah putih kerana isyarat sakit tersebut dimatikan dengan cara menyekat mata urat di bahagian tertentu. Mereka yang pakar dalam bidang Akupuncture ini mempunyai kebolehan sehingga boleh menjalankan pembedahan tanpa menggunakan bius.
- Kaedah lain untuk menahan sakit ialah menggunakan ubat homeopathy. Homeopathy sangat maju dalam bidang ini sehingga ia boleh menghilangkan rasa sakit tanpa menjejaskan isyarat sakit untuk sistem pertahanan badan bertindak merawat tempat yang sakit tersebut. Tapi satu jer yang orang tak tahan dengan homeopathy ini, dia ada aggravation. Untuk melawan rasa sakit itu, kesakitan akan menjadi bertambah sakit dulu sebelum rasa sakit tersebut dihilangkan.

Sekian, wassalam.

Penulis adalah pengamal perubatan alternatif khususnya Homeopathy.Pusat rawatan beralamat di:

No. 102, Jalan Pinggiran 5,
Taman Pinggiran Ukay,
68000 Ampang.
Hubungi: Dr. Khamidun (019-6101736)

Monday, June 14, 2010

Umrah dan Ziarah

Assalamualaikum w.b.t.,

Semalam ana dengar Kuliah mangrib oleh Ustaz Shahrullah bin Saidon (Pengetua Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqro Alquran) yang datang dari Ampang, katanya ada orang buat pakej umrah yang agak menarik sebab dia jumpa pemplet kat area sekolah dia. Hari ini ana cari-cari dalam internet jumpalah pemplet yang di maksudkan. Ana tak nak komen aper2... terpulang kepada pembaca nak nilai... tapi nilailah dengan ilmu dari Allah dan RasulNya....

Sekian, wassalam...


Sunday, June 13, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 20

Assalamualaikum w.b.t.,

Saudara saudari pembaca yang dihormati sekelian, dengan siri ini maka berakhirlah kisah Mencari Kebenaran yang dipaparkan bermula dari bulan Januari yang lalu. Dengan izin Allah ana berjaya juga menamatkan kisah ini yang ana fikir banyak memberi manfaat bagi golongan yang mahu berfikir. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Ulama Malaysia yang telah menerbitkan siri komik ini pada tahun 2006 dengan kerjasama kartunis Rossem. Semoga usaha mereka dikira sebagai dakwah yang diberkati Allah s.w.t.

*sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas






Tamat...

Saturday, June 12, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 19

Assalamualaikum w.b.t.,

Sambungan siri Mencari Kebenaran ini telah masuk hari yang ke-9, iaitu hari yang terakhir dalam kisah ini. Pada hari ke-9 inilah bermulanya detik yang bersejarah bagi Antonius apabila beliau mengakui kebenaran Islam dan menolak kepalsuan agama Kristian yang dianutinya sebelum ini. Saksikan...

*sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas






bersambung...

Friday, June 11, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 18

Assalamualaikum w.b.t.,

ikuti sambungan siri Mencari Kebenaran siri ke 18, iaitu bahagian akhir untuk hari ke 8.

*sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas...





bersambung...

Thursday, June 10, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 17

Assalamualaikum w.b.t.,

Sidang pembaca yang dihormati, maafkan ana kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk memasukkan entry baru ini selepas entry yang terakhir dimasukkan pada bulan April 2010 yang lalu. Insyallah ana akan gagahkan diri untuk terus berkarya termasuk topik-topik yang lain. Tapi terlebih dahulu izinkan ana untuk menghabiskan kisah Mencari Kebenaran ini yang cuma tinggal beberapa siri sahaja lagi. Kepada pengunjung... selamat membaca demi menambah ilmu untuk manfaat kita bersama dunia dan akhirat.....

*sila klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih jelas...


Bersambung.....

DENGARKANLAH AL-QURAN