Dikesempatan ini, suka saya menceritakan tentang kisah seorang sahabat nabi bernama Zaid bin Amar bin Nufail. Kisah sahabat nabi ini diceritakan oleh Ust. Nazmi Karim di Masjid Kota Damansara pada hari Selasa 2 Februari 2010 selepas solat Maghrib.
Sebagai pengenalan Zaid bin Amar bin Nufail berasal dari Mekah, hidup pada zaman Nabi tetapi meninggal 5 tahun sebelum kebangkitan nabi sebagai rasul. Beliau adalah sepupu kepada Umar bin Al-Khattab. Kisahnya beliau hidup pada zaman Jahiliyah yang terdapat banyak kesesatan di dalamnya. Bagaimanapun Zaid amat bencikan kesesatan ini dan menganggap penyembahan berhala adalah sesuatu yang bodoh dan tidak masuk akal. Beliau juga amat membenci perbuatan zina yang menjadi amalan penduduk Mekah ketika itu. Beliau juga berusaha menyelamatkan kanak-kanak wanita yang bakal dibunuh oleh orang tuanya, beliau memeliharanya hingga besar dan boleh berdikari.
Suatu hari di seketar kaabah yang dikelilingi oleh berhala-berhala, terdapat satu perayaan besar-besaran yang di adakan oleh orang-orang Quraish. Mereka memakai pakaian-pakaian yang paling cantik, samada yang muda dewasa, lelaki mahupun wanita. Mereka datang dengan membawa binatang-binatang ternak untuk diqurbankan atas nama berhala. Zaid merasa sangat tidak berpuas hati dengan amalan Jahiliyah ini lalu katanya kepada mereka dikhalayak. "Kambing ini Allah yang menjadikannya, Allah menurunkan hujan sebagai minumannya, Allah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan untuk memberinya makan, tiba-tiba kamu menyembelih kambing ini untuk berhala, bukankah ianya zalim". Lalu bangun bapa Umar (Al-Khattab iaitu bapa saudara Zaid) katanya "kurang ajar" lalu panggg!!! satu das tamparan hingap dimuka Zaid lalu bapa Umar memanggil pemuda-pemuda yang berhampiran dengannya untuk membelasah Zaid. Lalu Zaid melarikan diri dan bersembunyi di Gua Hira'.
Setelah Zaid keluar dari Kota Mekah untuk bersembunyi di Gua Hira', laluan masuk ke Kota Mekah disekat untuk tidak membenarkan Zaid masuk kembali ke Mekah. Bagaimanapun atas pertolongan sahabat-sahabat yang sealiran dengannya, Zaid berjaya membolosi sekatan dan masuk ke Mekah. Sahabat-sahabat seangkatan dengannya adalah 1. Waraqah bin Naufal (bapa saudara Khadijah) 2. Abdullah (atau Ubaidillah) bin Jahsyin 3. Usman bin Harith dan 4. Umaimah bt. Abdul Mutalib. 5 orang mereka ini adalah orang-orang yang tidak menyembah berhala, lalu suatu hari mereka berkumpul dan bermesyuarat mengenai agama Nabi Ibrahim yang pada hari ini telah sesat dan jauh dari kebenaran. Maka keputusannya mereka masing-masing akan terus mengkaji dan bermusafir sebagai ikhtiar untuk mencari agama yang sebenar.
bersambung.... ikuti kisah musafir Zaid dan sahabat-sahabatnya serta pengajaran dan ikhtibar dari kisahnya dalam siri yang akan datang...
sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment