Nama Blog ini adalah Ad-Dayn yang bermaksud "hutang". Maksud hutang sangat luas, hutang bukan hanya meminjam wang untuk mendapatkan sesuatu keperluan atau memenuhi keperluan nafsu semata, tetapi hutang di sini adalah hutang kita dengan Pencipta kita. Dialah tuhan yang maha pemurah yang menjadikan untuk kita seluruh alam ini dan memberi ni'mat yang tidak terhingga kepada kita iaitu "HIDAYAH". Suka saya memetik ayat Al-Quran dari Surah Al-Mu'minun (23), ayat 78 yang bermaksud: DAN DIALAH YANG MENCIPTAKAN BAGI KAMU PENDENGARAN, PENGLIHATAN DAN HATI (UNTUK KAMU BERSYUKUR, TETAPI) AMATLAH SEDIKIT DI KALANGAN KAMU YANG BERSYUKUR. Semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit ini.... insyallah, sekiranya kita tidak lupa hutang kita denganNya, di mana bayaran ansurannya adalah dengan bersyukur dan beramal soleh....
wassalam...
No comments:
Post a Comment