Thursday, January 21, 2010

Mencari Kebenaran - Siri 1

Assalamualaikum w.b.t.,

Alhamdulillah, sesungguhnya malam ini saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan komik yang telah lama saya nantikan-nantikan kemunculannya. Apa yang berlaku hari ini iaitu isu penggunaan kalimah Allah, ternyata mempunyai hikmahnya bilamana ustaz yang berceramah pada malam ini, membawa bersama komik yang diterbitkannya 12 tahun dulu untuk memberi pemahaman yang lebih jelas tentang agama Islam dan Kristian. Saya telah mengenali komik ini lebih kurang 3 tahun yang lalu, namun ianya amat sukar mendapatkannya di pasaran. Komik ini diadaptasikan dari kisah benar yang berlaku di Indonesia mengisahkan seorang pemuda Kristian yang berdialog dengan seorang ustaz dalam usaha mencari kebenaran tentang agamanya. Secara khususnya komik ini adalah "DIALOG ISLAM - KRISTIAN". Firman Allah: "Jangan kamu berdialog dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) melainkan dengan cara yang terbaik..." (Al-Quran, 29:46). Sekadar yang termampu di sini saya disertakan komik tersebut untuk siri (1) dan akan disambung pada masa akan datang....

Wassalam...

*Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas





bersambung.....

No comments:

Post a Comment

DENGARKANLAH AL-QURAN