Subhanallah sudah lama ana tak update blog ni, hampir-hampir kene terminate dah akaun dia ni. Untuk entri kali ini dan yang akan datang, ana ingin nak kongsi point-point utama secara ringkas apa yang ana dapat dari tazkirah di masjid Kota Damansara atau Masjid Kuning malam tadi atau mana-mana malam atau pun tazkirah subuh.
Hari ini kulaih maghrib disampaikan oleh Ustaz Hanapi dari Terengganu, anatara isi penting yang ana dapat garap adalah sastera Allah dalam Al-Quran pada surah Al-Ghassyiyah yang bermakna menyelubungi. Allah nak menceritakan di sini bahawa hari kiamat itu adalah hari yang menyelubungi semua manusia, tak ada yang berkecuali. Pada hari ini kalo kita lihat apabila berlakunya malapetaka atau gempa bumi di satu-satu tempat seperti di Sumatera, Indonesia, negeri-negeri di Malaysia tidak terjejas malah orang dari Sumatera sendiri boleh lari ke negeri yang selamat. Tetapi apabila berlakunya hari kiamat, gegaran dan kehancuran menyelubungi seluruh alam, tiada lagi tempat untuk berlindung dan tiada lagi tempat selamat.
Begitu juga sastera Allah dalam surah Al-Qari'ah yang bermakna "ketuk pintu". Pada mulanya ana sendiri tak faham apa kaitan ketuk pintu dengan hari kiamat. Jadi Ustaz telah menerangkan dengan memberi contoh seorang yang berbadan gemuk telah melakukan khalwat dengan pasangan perempuannya dalam sebuah rumah di dalam bilik di atas katil. Apabila pencegah maksiat datang mengetuk pintu rumahnya, dalam keadaan kelam kabut tu dia boleh bersembunyi di bawah katil, padahal dalam keadaan biasa adalah mustahil dia boleh masuk ke bawah katil tersebut disebabkan saiz badannya yang besar. Keadaan kelam kabut itu yang Allah nak tunjukkan dalam Surah Al-Qari'ah ini, bahawa apabila semboyan kiamat di bunyikan keadaan amat kelam kabut tidak boleh hendak digambarkan dengan kata-kata.
والله أعلمُ بالـصـواب
Sekian, Wassalam,
miormohdhadafi
No comments:
Post a Comment