
Untuk entry kali ini, ana ingin memetik kata-kata salah seorang yang ana minati iaitu Presiden TERAS Cikgu Hj Azmi Abdul Hamid klik di sini. Antara petikan kata-kata beliau seperti berikut:
Siapa yang telah melenyapkan tulisan jawi, memperkenalkan PPSMI yang menyebabkan terpinggirnya Bahasa Melayu, menghentikan bantuan per kapita SAR, menyalahgunakuasa dalam menganugerahkan projek kepada kroni, membudayakan rasuah dikalangan orang Melayu, mengurangkan tanah milik Melayu, mengadai aset tanah orang Melayu, membiarkan kerosakan akhlak anak Melayu, menyekat perlaksanaan amar ma’ruf nahi mungkar, terhakisnya pegangan aqidah Islam dikalangan orang Melayu, meluluskan lesen arak dan judi, memperkenalkan Budaya hidup Barat sekaligus menghakiskan budaya Islam pada orang Melayu sendiri, membiarkan bangsa Melayu tidak menghormati pandangan ulama, mematikan rasa cinta kepada agama, membiarkan hiburan menjadi kegilaan bangsa Melayu, menyekat undang-undang Islam dilaksanakan untuk orang Melayu, menghakis aset korporat orang Melayu ……? dan lain-lain lagi....
Ternyata semua angkara yang disebutkan oleh Cikgu Azmi adalah disebabkab oleh parti yang memerintah hari ini iaitu UMNO Barisan Nasional. Walaupun ngaku nak laksanakan Islam tapi tengoklah sendiri apa yang berlaku seperti yang Cikgu Azmi katakan, Islam suruh buat camtu ker. Tahun ni dah hampir 55 tahun puak-puak taghut ni memerintah, Islam semakin terpinggir dan terhakis dalam diri sebahagian besar umat Islam di Malaysia.
Sempena semangat Maulidur Rasul pada tahun 1433 hijrah ini, marilah kira sama-sama menghidupkan sunnah terpenting Nabi s.a.w. iaitu sembahyang fardhu berjemaah, kerana seumur hidup Nabi, Nabi tak pernah tinggal solah berjemaah. Selagi umat Islam tak dapat hayati sunnah nabi yang ni, kemenangan Islam tu nampak masih jauh lagi. Batullah kata-kata seorang Yahudi bahawa mereka tidak akan takut kepada kebangkitan umat Islam selagi mana solat subuh umat Islam tidak seperti solat Jumaat.
والله أعلمُ بالـصـواب
Sekian, wassalam,
miormohdhadafi